Islamic Widget

Followers

Follow by Email

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh


sumber gambar - kelik sini
-Cara solat sunat gerhana bulan-
 
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)
ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam


p/s -Rasulullah s.a.w memilih untuk membaca surah surah panjang ketika melakukan solat sunat gerhana bulan antaranya surah Ali imran dan surah yasin,bagaimanapun boleh juga membaca apa-apa surah sekadar kemampuan.wallahua'lam.
Sumber- kelik SINI

mok nagga simulasi gerhana bulan?
hope sama2 kita menginsafi kebesaran ALLAH S.W.T..
amin...

No comments: